TAJUK :  AMALAN GOTONG ROYONG DAPAT MEWUJUDKAN , MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM DIKALANGAN KAUM.

AHLI KUMPULAN :  
MEOR MUHAMMAD DINIE BIN JABIR
02DTM14F2003
NOOR NAZHIHAH BT ZAINOLDIN
02DTM14F2011
NUR ADILA BT SADALI
02ETM14F2008
FATIN NABILAH BT MOHD JAMIL
02ETM14F2002
NURUL SHAFIKAH BT ZAINUDIN
02ETM14F2011

PENSYARAH :
PUAN CIK RAZANA BINTI MOHD KASIM

PENGENALAN

Manusia diciptakan oleh Allah dalam keadaan bersuku-suku, berkelompok-kelompok, berlatar belakang beda satu sama lain, dan memiliki ciri khas satu dengan banyak hal lain. Maka dengan demikian, manusia bukanlah makhluk yang mampu hidup sendiri dan bersifat apatis. Manusia adalah makhluk sosial yang memiliki nilai-nilai interaksi, mempunyai kemampuan saling beradaptasi, dan kekuatan untuk membangun sebuah sinergi. Manusia adalah makhluk yang saling membutuhkan satu sama lain. Saling melengkapi dan hidup penuh dalam nuansa kebersamaan. Pada awalnya manusia dalam persatuan sampai datanglah kebencian sehingga merusak nilai-nilai dan hakikat kedamaian dari tengah-tengah manusia itu sendiri.
Karena manusia merupakan makhluk sosial, maka dibutuhkan rasa kerjasama, tenggangrasa dan saling toleransi juga membantu bahu-membahu satu dengan lainnya. Manusia harus hidup bersama dan bergotong royong untuk mencapai tujuan hidupnya di dunia. Sebab secara umum tujuan kehidupan manusia itu, apapun agamanya, sukunya, kelompoknya, dan perbedaan prinsipil lainnya memiliki satu tujuan yaitu kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat.
Maka sudah sepantasnya kita untuk saling bergotong-royong diantara sesame manusia, saling mengajak untuk berbuat kebaikan dan menjauhkan keburukan sejauh-jauhnya. Menuai maslahat atau kebaikan secara bersama-sama. Islm, tentu telah mengatur hal tersebut dengan indahnya.
Seperti apa yang Allah firmankan,
“… dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah Amat berat siksa-Nya.” (QS. Al Maidah : 2)






KEPENTINGAN GOTONG - ROYONG

Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia masyarakat berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, rasa prihatin, dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.
Bak kata pepatah Melayu; “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Demikian juga tentang kerja gotong-royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga belanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip gotong-royong. Pihak kerajaan telah menetapkan bahawa setiap penempatan warganegara di Malaysia mempunyai satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK). Fungsinya untuk menjana kegiatan gotong-royong setempat, khususnya untuk kepentingan umum. Isu ini jika ditelusuri secara mendalam, banyak wang, masa, dan tenaga telah dijimatkan kerana ahli masyarakat akan bekerjasama mencapai sesuatu perkara. Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka akan bekerjasama membersihkannya dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggung belanja perubatan kerana sakit akibat kesan jangka panjang daripada gundukan sampah yang tidak sempurna diuruskan itu. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk gotong-royong, kesan gotong-royong kepada masyarakat seluruhnya cukup bermakna baik untuk pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan insan.

KEBAIKAN AMALAN GOTONG-ROYONG

Kebaikan mengamalkan amalan gotong-royong atau bekerjasama ini ialah , amalan ini dapat mewujudkan semangat positif antara ahli masyarakat terutamanya untuk memastikan
sesuatu tugasa itu mampu dilaksanakan dengan berkesan. Amaln ini memberikan satu semangat kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau seberat manapun akan mampu diselesaikan dengan begitu baik sekali kerana semua pihak menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua perkara yang dialami oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja. Jelaslah , amalan ini memberikan satu suntikan baru tentang konsep berkerjasama antara masyarakat terutamanya di kawasan yang mempunyai pelbagai kaum.
Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju. Bergotong royong juga boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Amalan gotong royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti aedes.
         Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal .
Dalam agama islam juga turut mementingkan kebersihan kerana kebersihan juga adalah salah satu lambang seseorang itu muslim. Kebersihan itu sebahagian daripada Iman sudah menjadi tema kebersihan bagi orang-orang islam,sama ada disedari ataupun tidak,ia adalah sebuah Hadis baginda Rasulullah s.a.w berkaitan dengan kebersihan. Oleh itu, sebagai muslim kita sepatutnya menyertai aktiviti gotong-royong ini supaya alam sekitar sentiasa  terpelihara.

SEBAB-SEBAB ADANYA GOTONG ROYONG.
· bahwa manusia tidak hidup sendiri melainkan hidup bersama dengan orang lain  atau  lingkungan sosial;
· pada dasarnya manusia itu tergantung pada manusia lainnya;
· manusia perlu menjaga hubungan baik dengan sesamanya; dan
· manusia perlu menyesuaikan dirinya dengan anggota masyarakat yang lain.


MAFAAT DARI GOTONG ROYONG

· Membuat Setiap Pekerjaan Menjadi Lebih Ringan

Melakukan setiap pekerjaan dengan cara bergotong royong dapat meringankan dalam menyelesaikannya. Bisa dibayangkan jika satu orang menyelesaikan satu pekerjaan tang sangat besar maka akan banyak memakan tenaga dan pikiran. Dengan adanya tambahan orang, maka beban pekerjaan bisa dibagi dan berkurang lebih kecil sehingga mudah diselesaikan.

· Mempercepat Penyelesaian Pekerjaan
Mengerjakan satu pekerjaan dengan menggunakan tenaga lebih dari satu orang akan mudah dan cepat diselesaikan. Contohnya ada satu pekerjaan dimana jika dikerjakan oleh satu orang akan membutuhkan waktu 1 minggu, tetapi dengan tambahan orang dan tenaga maka pekerjaan akan selesai kurang dari 1 minggu.

· Mempererat Rasa Persatuan dan Kesatuan

Melakukan gotong royong dalam setiap kegiatan masyarakat mampu mempererat dan memupuk rasa persatuan dan kesatuan antar masyarakat. Adanya keja sama antar manusia menjadi cikal bakal terbentuknya rasa persatuan dan kesatuan. Nantinya jika setiap pekerjaan yang berat dilakukan dengan cara gotong royong maka kerukunan hidup antar anggota masyarakat akan semakin terjalin kuat.

PUNCA REMAJA KURANG TERLIBAT DALAM AKTIVITI GOTONG-ROYONG
Belakangan ini fenomena golongan remaja amat kurang melibatkan diri dengan aktiviti komuniti seperti gotong-royong yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Kebanyakan golongan dewasa dan yang berumur sahaja yang masih bersedia menyumbangkan masa dan tenaga demi menjayakan program komuniti yang dianjurkan. Pelbagai punca yang menyebabkan golongan remaja kurang melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Antaranya:-

· Kekangan masa – remaja hari ini dibelenggu oleh masalah kekangan masa. Mereka sibuk dengan aktiviti persekolahan (belajar, kokurikulum, tuisyen, kerja rumah, bantu keluarga dll)

· Kurang kesedaran pelajar tentang manfaat gotong-royong.


· Remaja beranggapan bahawa aktiviti gotong-royong membuang masa dan kurang berfaedah.

· Remaja lebih cenderung melakukan aktiviti yang lebih mencabar seperti menyertai kegiatan sukan, mengembara, mendaki dll


· Sesetengah remaja suka menghabiskan masa mereka dengan kegiatan yang tidak berfaedah seperti melepak, lumba haram, berfoya-foya dll.

· Sesetengah ibu bapa remaja tidak menggalakkan anak remaja mereka terlibat dengan aktiviti tersebut kerana masalah keselamatan, kecederaan dll.


· Remaja menganggap gotong-royong  kerja yang sia-sia kerana ketiadaan upah atau ganjaran.

· Remaja lebih suka menyendiri dan tidak mahu bergaul rapat dengan masyarakat sekeliling.


· Remaja banyak menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen, video, permainan video, mendengar muzik dll.

· Kurang kempen penerangan oleh pihak-pihak bertanggungjawab seperti pihak kerajaan, ketua masyarakat, guru-guru dan juga ibu bapa.


· Remaja terpengaruh oleh sikap masyarakat hari ini yang lebih mengutamakan materialistik.






PENUTUP
Kesimpulannya,aktiviti bergotong royong ini amat penting dan perlu dalam mengeratkan hubungan silaturrahim antara kaum. Lebih-lebih lagi serperti negara Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik yang hidup bersama sejak zaman dahulu kala lagi. Dengan terjalinnya hubungan silaturrahim yang kukuh ini ,negara kita akan lebih aman, lebih mengambil berat antara satu sama lain dan perpaduan juga akan menjadi lebih kukuh.
Saranan kami suapaya ibu bapa sewajarnya menanamkan amalan gotong-royong kepada anak-anak sejak di bangku sekolah lagi. Selain itu ibu bapa juga mestilah lebih mempamerkan teladan yang baik terhadap anak-anak mereka. Anggota keluarga juga perlu memainkan peranan menggalakkan anak-anak mendekatkan diri dengan aktiviti gotong-royong. Peranan guru pula disamping tugas hakiki mendidik anak bangsa, seharusnya sentiasa memberikan nasihat dan tunjuk ajar tentang kelebihan gotong-royong. Seterusnya, Kementerian Pelajaran melalui pihak sekolah mestilah memperbanyak aktiviti yang mendorong pelajar menjalankan aktiviti gotong-royong. Disamping itu, masyarakat sekeliling sentiasa perlu menyokong segala program yang diatur untuk tujuan tersebut di samping menjadi cerminan kepada golongan pelajar. Tidak ketinggalan juga peranan media massa amat penting untuk menyebarkan maklumat tentang kepentingan gotong-royong kepada golongan pelajar melalui kempen-kempen yang berkesan. Golongan pelajar juga perlu sedar betapa berfaedahnya amalan gotong-royong ini jika sentiasa diutamakan.
Akhir sekali, jelas dan teranglah matlamat pihak kerajaan yang selama ini mengadakan pelbagai aktiviti dan program-program bagi memupuk hubungan silaturrahim antara kaum.Terutamanya program-program bagi pelajar-pelajar yang masih di bangku sekolah lagi.Ini kerana amalan ini perlu disemai sejak dari awal lagi supaya kesannya akan cepat terlihat suatu hari kelak.




RUJUKAN
 1. Sumber internet
                         2.   Keratan akhbar Sinar Harian
                          3.   Sumber buku komunikasi dan penyiaran isalam
        Terbitan:oxford Fajar Sdn.Bhd
         ISBN:978-983-47-1825-1
        Penulis: 1.Marzuki Sepiaail
                      2. Rina Fakhizan Mohd Sukri
                      3. Alias Mat Saad

LAMPIRAN